ANDA PANDAI MENJAGA KANAK-KANAK? ANDA BERPELUANG MELANCONG KE SELURUH DUNIA SECARA PERCUMA!!

Sepasang suami isteri di Amerika Syarikat menjadi viral di laman internet apabila menawarkan percutian percuma kepada individu yang boleh menjadi penjaga kepada tiga anak mereka dan melancong ke seluruh dunia secara percuma!
Malah, pasangan itu turut menawarkan pendapatan antara AS$1,200 hingga AS$1,500 (kira-kira RM5,367 hingga RM 6,708) sebulan bagi menjadi penjaga atau nanny yang akan bersama mereka selama setahun menjelajah dunia!
Menurut laman web pasangan itu, Five Take Flight, keluarga itu terdiri daripada pasangan Derek dan isterinya Kenzie, dua anak lelaki mereka iaitu Porter dan Beckett dan anak perempuan, Wren.
Melalui tulisan di blog itu, mereka bakal menjual rumah didiami dan berpindah ke luar negara selama setahun dan ia dijangka akan bermula pada musim panas akan datang dengan berpindah ke New York.
Mereka kemudian akan ke Iceland melalui negara Scandinavia sebelum menjelajah negara di Eropah.
Jelajah seterusnya pula akan meliputi negara Asia dan di wilayah Pasifik.
“Motif jelajah ini adalah bagi berhubung dengan dunia dari tempat yang kami sukai melalui nilai kepercayaan dan semangat.
“Sambil kami mendidik anak-anak kami dengan nilai sosial yang berhubungkait dengan cara berfikir dan tindakan, kami berharap ia akan mewujudkan sifat jatidiri dalam diri mereka. Kami harapkan melalui jelajah ini, mereka akan mempunyai pemikiran yang lebih meluas,” tulis pasangan itu di blog mereka.
Tawaran itu kini terbuka dan ia akan diterima sehingga 17 Januari. ini.
“Perkenalkan diri anda melalui video dan tag kami di @FiveTakeFlight and #FiveTakeFlight.
Berikut pula adalah perincian mengenai jelajah yang bakal mereka lakukan.
“Kami akan memulakan jelajah ini pada Julai depan dan mungkin akan meminta anda menyertai ‘pelancongan ujian’ sebelum itu. Ia bagi memastikan keadaan adalah cukup baik antara penjaga dan kami. Kami akan membayar anda ketika ‘pelancongan ujian’ itu pada kadar yang akan dipersetujui bagi perjalanan keseluruhan.
“Kami akan bermula di New York, menuju ke Iceland dan menjelajah Eropah. Kami merancang untuk berada di Eropah sehingga Disember di mana kami akan kembali semula ke Utah untuk bersama dengan keluarga. Anda juga boleh pulang ketika itu. Dan semua perjalanan akan ditanggung kami.
“Selepas cuti musim sejuk, kami merancang untuk berada di Hawaii. Selepas itu, perjalanan kami akan ke Pasifik dan Asia hingga Jun 2018. Kami tidak dapat menjanjikan destinasi secara spesifik kerana perjalanan ini akan ditentukan oleh harga tiket, kamar, cuaca, keperluan visa dan keadaan kami.
“Untuk makluman, kami akan menanggung keseluruhan perbelanjaan ketika anda bersama keluarga kami. Makan minum, perjalanan dan tempat tinggal. Dan apa jua perbelanjaan ketika anda menjalankan tugas anda. Bagaimanapun, aktiviti anda adalah di bawah tanggungan sendiri.
“Anda turut diberi cuti antara satu hingga dua hari setiap minggu, namun bergantung kepada jadual perjalanan,” jelas pasangan itu.
Pasangan itu bagaimanapun tidak menyatakan kewarganegaraan ‘nanny’ bagi anak-anak mereka.
Mungkin bagi anda berminat untuk melancong bersama mereka sebagai ‘nanny’ boleh mendapatkan maklumat lebih lanjut di laman Facebook pasangan itu di https://www.facebook.com/fivetakeflight atau blog mereka di http://fivetakeflight.com/
Di blog yang sama, pasangan itu akan turut memuatnaik jelajah dunia mereka untuk diikuti warga netizen.
Manakala borang untuk diisi ialah di capaian berikut: http://fivetakeflight.com/flywithus/
Selamat melancong!