PEMANDU LORI ‘FLYING KICK’ PERAGUT

Baru-baru ini, di Parit Buntar, Perak, seorang mangsa rompakan bertindak nekad mengejar sekumpulan perompak yang turut mengancam nyawa isterinya dengan menggunakan parang.
Mohamed Mazis Mohamed Mokhtar, 25, bersama isterinya, Atiqah Nordin, 25, serta tiga lagi rakan di Taman Murni kira-kira jam 10.15 pagi Selasa lalu sebelum didatangi empat lelaki.
Salah seorang lelaki itu yang bersenjatakan parang, turut mengancam nyawa isteri Mohamed Mazis dengan meletakkan parang di leher isterinya dan mengarahkan mangsa menyerahkan kesemua barangan berharga.
Apabila mangsa enggan, perompak terbabit menjadi berang mengakibatkan berlaku pergelutan.
Mohamed Mazis berkata, salah seorang perompak turut melibas parang rakannya di bahagian kepala.
Kumpulan perompak itu kemudiannya melarikan diri menaiki empat buah motosikal selepas berjaya menyamun barangan berharga mangsa.
Mangsa kemudian mengejar suspek sebelum merempuh tiga daripada empat motosikal terbabit dan orang ramai yang menyedari kejadian, turut membantu menangkap keempat-empat suspek.
WANITA BERANI KEJAR PERAGUT
Dalam satu kejadian berasingan sehari kemudian di ibu negara, dua peragut menerima balasan serta-merta apabila dilanggar mangsa secara tidak sengaja selepas melakukan jenayah ragut.
Suspek berusia 26 tahun sebelum itu memecah tingkap bahagian penumpang kenderaan mangsa ketika wanita itu berhenti di persimpangan lampu isyarat di Ara Damansara sebelum melarikan beg berisi komputer riba.
Wanita itu terus mengejar suspek dalam kejadian kira-kira 3.30 pagi Rabu lalu. Akibat daripada perlanggaran itu, kedua-dua suspek cedera parah.
Di China pula, seorang pemandu lori bertindak balas terhadap seorang peragut yang melarikan telefon bimbitnya dengan melakukan ‘flying kick ‘ terhadap penjenayah itu.
Saksikan rakaman video kejadian apabila penjenayah menerima padah daripada tindakannya itu.