ADMIN PAGE FB SUARA RAKYAT CUBA BUNUH DIRI

Foto: Kami menerima foto ini daripada seorang rakan Admin Suara Rakyat (Sampah Masyarakat) yang hanya mahu dikenali sebagai Meor. Berikut adalah pengakuan Meor:
“Salam Admin. Ini foto salah seorang admin Suara Rakyat. Saya memang kenal benar dengan admin yang memulakan page tu. Nama dia H***n. Dia bekerja di sebuah syarikat penghantaran parcel ******, dan jika admin hendak siarkan mohon tutup muka dia takut nanti dia kehilangan pekerjaan sebagai despatch.”
Apabila satu ‘page’ menggunakan nama Suara Rakyat dan mengetengahkan pelbagai isu, kita tahu hidup kita semua bakal musnah kerana hampir setiap hari kebodohan dan jalan terbaik untuk mereka menghentikan kemusnahan akal manusia sejagat adalah admin page Suara Rakyat meletak jawatan menjadi manusia.
Ramai yang membaca, ramai yang berkongsi tanpa perlu mencari kesahihan fakta mereka. Itu lagi ‘terer’ kebodohannya. Seorang bodoh tak mengapa, tetapi dibiakkan kepada orang lain. Dan orang lain percaya. Orang lain merasakan apa yang dimuatnaik page itu adalah benar. Maka, dua kali ganda kebodohannya.
Lihat tempoh penilaian yang dibuat admin Suara Rakyat. 15 Disember hingga 17 Disember 2015. Boom! Terer! Terus jadi pakar tukaran matawang asing! Double Boom!
Menurut penganalisa ekonomi, Lim Sian See, bagi mendapatkan gambaran sebenar prestasi sesuatu matawang, ia perlu dilihat lebih jauh atau tempoh lebih munasabah dan bukan sekadar dua atau tiga hari.
“Janganlah pandang dekat sangat, tak berwawasan langsung. Sampah Rakyat (Suara Rakyat) sekali lagi cuba menghasut pembaca dengan menimbulkan kemarahan masyarakat kononnya Ringgit lebih bangsat daripada Rupiah Indonesia.
“Jika anda menilai prestasi daripada dua, tiga hingga 10 tahun pun, nilai Ringgit menaik berbanding Rupiah.
“Ini kerana kita adalah pengeksport bahan api manakala Indonesia adalah pengimport bahan api, maka harga yang menurun (di peringkat global) turut memberi kesan kepada kedua-dua negara pengeksport dan pengimport,” tulis Sian See di akaun Facebook miliknya.
Sejak setahun lalu, harga bahan api global sudah menjunam dan faktor itu adalah antara sebab Ringgit lemah berbanding Rupiah.
Namun, berdasarkan laporan Bloomberg yang turut digunapakai pelbagai industri berikutan kredibiliti media itu dan bukan seperti Suara Rakyat yang tidak pernah dipetik mana-mana media perdana mahupun dalam talian kerana dikendali mat rempit, menyatakan Rupiah bakal menerajui matawang Asian paling teruk prestasi.
http://www.bloomberg.com/…/rupiah-set-to-reclaim-worst-asia…
Sian See turut meninggalkan sedikit pesanan kepada admin Suara Rakyat yang dipanggil Sampah Masyarakat Rakyat:
“Sampah Rakyat, belajarlah ekonomi dahulu dan berhenti memesongkan pembaca anda yang tidak berilmu dan kurang bijak.”