XAVIER JUSTO: SAYA MEMINTA MAAF KEPADA KERAJAAN DAN RAKYAT MALAYSIA

Oleh Lim Sian See
Ketika pengakuan penuh dan perbualan WhatsApp Xavier Justo didedahkan oleh media tempatan membabitkan pengasas Sarawak Report, Clare Brown, The Edge, ahli politik seperi Nurul Izzah dan Tony Pua, Sarawak Report telah menerbitkan pengakuan bertulis penuh oleh Xavier Justo di laman web mereka.
Memandangkan ramai pengguna di Malaysia tidak lagi boleh mengakses Sarawak report selepas penyiarannya digantung kerajaan setelah Justo dan Polis Thai berkata data itu telah diubahsuai oleh Sarawak Report, saya akan mengeluarkan dokumen penuh di sini.
Saya tidak dapat memastikan pengakuan yang didedahkan oleh Sarawak Report ini 100% tulen tetapi kandungannya sangat konsisten dengan apa yang media tempatan laporkan. Tambahan kepada pengakuan tersebut, media tempatan juga mempunyai akses kepada perbualan WhatsApp yang telah disahkan oleh sumber PDRM sebagai hasil dari siasatan polis Thai dan ianya mempunyai implikasi undang-undang di Thailand, Malaysia and Singapura.
Nampaknya Sarawak Report mahu membocorkan dokumen ini dahulu sebelum ianya dibocorkan oleh orang lain supaya Sarawak Report boleh terselamat dari tuduhan konspirasi yang dikenakan ke atas mereka dan mengurangkan reaksi negatif terhadap mereka.
Ketika Sarawak Report dan Clare Brown menjadi semakin terdesak apabila butiran mengenai perkara ini telah didedahkan di media dan Justo telah disabitkan bersalah, Sarawak Report kini menuduh kerajaan Switzerland terlibat dengan cubaan merahsiakan oleh kedutaan mereka dan menuduh PetroSaudi menghantar agen rahsia yang menyamar sebagai polis Scotland Yard untuk memanipulasi Xavier Justo yang didakwa oleh Clare mempunyai potensi untuk membunuh diri.
Sarawak Report percaya tuduhan ini akan memberikan justifikasi kepada mereka apabila mereka mendedahkan pengakuan Justo di laman web mereka.
Dalam bulan-bulan kisah mengenai Justo ini mula tersebar, Sarawak Report telah menuduh polis Thai dan Kerajaan Singapura (yang beliau panggil Sin City yang sentiasa memerhatikan wartawan) berpakat dengan Malaysia untuk menutup kontroversi 1MDB.
Pengakuan bertulis Xavier Justo:
26 Jun 2015, Pusat Tahanan Bangkok
Pada Jumaat 26 Jun 2015, saya dengan ini mengaku penglibatan penuh saya, dan bertanggungjawab ke atas, kesalahan yang telah disabitkan ke atas saya. Ianya adalah cubaan memeras ugut ke atas PetroSaudi. Pengakuan ini dibuat atas kerelaan saya sendiri tanpa sebarang tekanan dan pengaruh luar. Dan saya juga tidak mahu peguam hadir ketika pengakuan saya ini ditulis.
Saya mengaku dengan sepenuhnya perlakuan jenayah saya ini dan menerima yang saya bersalah di dalam perkara ini. Saya hanya ingin memperbetulkan keadaan dan memohon maaf keatas individu yang terjejas dengan tindakan saya.
KONSPIRASI MENCURI, MENJUAL DATA
Saya telah berkonspirasi dengan beberapa inidividu lain dan mengaku telah mencuri data, mengendalikan barangan curi, menjual data yang dicuri dan peralatan IT kepada pihak ketiga dan mencuba menggubah hasil jualan.
Satu-satunya motivasi saya untuk menjual data tersebut adalah wang dan saya tidak pernah menganggap diri saya sebagai pemecah maklumat.
Saya bekerja di PetroSaudi dari Mac 2010 ke April 2011. Saya mempunyai 2 peranan yang berbeza ketika saya bekerja di sana. Saya mengetuai bahagia IT dan menjadi pentadbir eksekutif untuk beberapa kumpulan syarikat. Saya mendapat kerja ini hasil dari pengalaman pentadbiran saya sebelum ini dan persahabatan saya dengan Tarek Obaid, CEO PetroSaudi. Peranan saya ini memberikan saya kelebihan untuk mengakses data sulit PetroSaudi dan sistem IT nya.
Pada Mac 2011, perkhidmatan saya dengan PetroSaudi akan ditamatkan. Saya mula bimbang saya akan menyara keluarga saya selepas ini jika saya tidak mempunyai pekerjaan dan dengan itu, saya mengambil keputusan untuk melindungi kewangan diri saya.
Saya merasa cara terbaik untuk melakukan perkara ini adalah dengan menggunakan akses yang saya miliki terhadap sistem IT PetroSaudi untuk mencuri dan mengambil sebanyak mana data yang boleh. Saya tidak melakukannya kerana PetroSaudi telah melakukan sesuatu yang mencurigakan. Saya tidak pernah melihat sebarang perkara yang mencurikan di PetroSaudi ketika saya bekerja di sana atau selepas perkhidmatan saya ditamatkan. Saya lakukannya kerana saya tahu data tersebut penting dan sulit kepada syarikat dan saya fikir saya boleh menjualnya nanti.
Saya mengakses data tersebut dengan menceroboh komputer rakan sekerja saya dan memuat turun sebanyak mana data yang boleh ke dalam pacuan keras mudah alih dan pemacu memori. Saya tidak mencari apa-apa yang spesifik, cuma mencari sebanyak mana yang boleh untuk mendapat kemungkinan maksimum ianya akan bernilai. Saya mencuri data ini dengan pengetahuan yang saya sedang melakukan satu kesalahan jenayah. Secara keseluruhannya, saya mencuri sebanyak 90 GB data yang antaranya terkandung emel, dokumen dan fail-fail lain. Ini dilakukan selama beberapa hari antara Mac hingga April 2011.
Pada awal April 2011, perkhidmatan saya telah ditamatkan dan saya telah menandatangani Perjanjian Penyelesaian dengan PetroSaudi. Perjanjian ini telah dirunding oleh peguam saya dan peguam PetroSaudi dan mengandungi perjanjian yang memerlukan saya mengembalikan data dan sebarang harta benda dan menghormati sebarang hal sulit.
Saya juga menerima bayaran perpisahan berdasarkan gaji saya dan notis pemberhentian dan mengiktiraf persahabatan saya dengan Tarek Obaid. Sebelum saya menandatangani perjanjian itu (pembayaran asal kepada Justo adalah apa yang dipersetujui di dalam Perjanjian Penyelesaian itu, dan bukan bayaran ugutan yang pertama seperti yang dipercayai oleh banyak pihak) saya telah memuat turun kesemua kandungan komputer PetroSaudi dan pemacu memori saya ke tempat lain. Saya kemudiannya memulangkan kesemua peralatan IT asal untuk mewujudkan persepsi yang saya telah memulangkan kesemua data dan peralatan.
Walaubagaimanapun, saya menyimpan pemacu data yang saya gunakan untuk memuat turun kesemua data tersebut. Saya akui tindakan saya ini telah melanggar perjanjian penyelesaian tersebut, selain dari cubaan saya untuk memeras ugut PetroSaudi dan menjual dan memindahkan data tersebut.
Saya memahami yang saya perlu membayar semula bayaran yang saya terima dari PetroSaudi dan saya bertanggungjawab untuk membayar sebarang kerugian yang ditanggung oleh Petrosaudi di bawah perjanjian ini atas tindakan saya.
MEMERAS UGUT PETROSAUDI
Pada Julai 2013, saya telah menghubungi Patrick Mahony dan menuntut 3.5 juta swiss francs sebagai bayaran untuk data yang dicuri itu.
Untuk lima bulan berikutnya, saya menghantar lebih banyak emel kepada Patrick Mahony untuk menuntut bayaran, yang sekiranya saya tidak dibayar, saya akan menjual data tersebut kepada pihak yang berminat, walaupun pada saat itu saya tidak menghubungi orang lain. Saya tahu, dengan mendedahkan data yang sebegini besar, ia pasti akan merosakkan PetroSaudi.
Saya telah berjumpa dengan Patrick Mahony di Hotel Shangri La Bangkok pada Oktober 2013 di mana saya secara lisan telah mengugut beliau yang sekiranya PetroSaudi tidak membayar saya, saya akan menjual data tersebut kepada pihak lain yang berminat dan ini akan merosakkan PetroSaudi.
Patrick memberitahu saya PetroSaudi tidak melakukan apa-apa kesalahan dan data yang saya curi itu juga tidak menunjukkan apa-apa kesalahan. PetroSaudi akhirnya enggan membayar.
BERSUBAHAT DENGAN CLARE BROWN
Apabila ugutan itu tidak berkesan, saya cuba mencari pembeli untuk data tersebut dan setelah beberapa ketika, saya telah dihubungi oleh Clare Brown. Ini berlaku pada Mei atau Jun 2014. Saya tahu beliau merupakan seorang wartawan yang bekerja dengan Sarawak Report dan mempunyai kaitan dengan Gordon Brown, mantan Perdana Menteri UK.
Saya bertemu dengan Clare Brown di Bangkok, 10 hari selepas beliau menghubungi saya. Beliau memberitahu saya, apa sahaja data yang ada pada saya yang membabitkan transaksi di antara PetroSaudi dan 1MDB pastinya dapat dijual pada harga yang tinggi dan beliau bersetuju untuk menguruskan penjualan data itu kepada pihak lain.
Beliau berjanji dengan saya yang saya akan memperolehi beberapa juta untuk penjualan data tersebut. Untuk 6 bulan berikutnya saya sentiasa berhubungan dengan Clare Brown. Beliau mencuba beberapa pembeli termasuklah dengan mereka yang mempunyai kepentingan dengan Anwar Ibrahim tetapi ianya tidak berjaya.
PERTEMUAN DENGAN PEMILIK THE EDGE
Pada Februari 2015, Clare telah mengaturkan satu pertemuan yang dihadiri beliau dengan Tong Kooi Ong dan salah seorang editor surat khabar beliau, Ho Kay Tat.
Pertemuan itu terjadi di Hotel Fullerton Bay di Singapura. Ketika pertemuan ini saya bersetuju untuk menjual kesemua data PetroSaudi yang saya miliki kepada Tong pada harga USD 2 juta. Saya pada asalnya meminta USD 3 juta tetapi dipersetujui ianya adalah 2 juta.
Tong menyatakan beliau tidak mahu terlibat dengan Saudi mahupun PetroSaudi yang bagi saya adalah penting. Beliau berkata ini adalah hal dalaman Malaysia sahaja. Beliau meminta Clare untuk menulis satu artikel berdasarkan maklumat curi ini untuk beliau sahkan sebelum artikel itu diterbitkan.
Clare bersetuju untuk melakukannya. Walaubagaimanapun, ini terbukti adalah pembohongan. Ianya telah dipersetujui oleh Tong yang saya akan menyerahkan data pada pertemuan tersebut dan USD 2 juta itu akan dibayar pada hari berikutnya.
Kemudian saya serahkan data PetroSaudi tersebut kepada Ho Kay Tat, yang terdapat di dalam sebuah pemacu memori. Pasukan IT Tong yang turut hadir, telah memeriksa data tersebut dan menyalin data tersebut untuk Tong. Saya menyerahkan pemacu kedua kepada Clare Brown. Beberapa hari kemudian Clare memberitahu saya data tersebut korup dan saya memberikan salinan data tersebut secara post menggunakan DHL ke London.
Kami bertemu sekali lagi di Singapura beberapa hari kemudian untuk berbincang mengenai data tersebut dan memuktamadkan bayaran. Sehari atau dua hari kemudiaan selepas pertemuan kedua itu, saya telah membuka akaun amanah BVI di Singapura dan cuba untuk membuka akaun simpanan di DBS Bank untuk menerima bayaran tersebut. Walaubagaimanapun DBS enggan membuka akaun tersebut untuk saya. Tong memberitahu saya beliau akan memindahkan akaun tersebut menggunaka akaun bank UOB di Singapura tetapi beliau tidak boleh berbuat demikian kerana DBS enggan membuka akaun saya.
Saya membuka satu akaun di Abu Dhabi meminta Tong membayar wang tersebut di dalam satu perbualan whatsapp.
Beliau enggan, sambil mendakwa Jho Low mempunyai terlalu banyak kepentingan di rantau itu. Saya kemudiannya menawarkan Justo-Consulting yang berpangkalan di Hong Kong untuk destinasi bayaran, sekali lagi menggunakan WhatsApp. Tong sekali lagi enggan, kerana mendakwa ianya mempunyai nama saya dan menjadikannya berisiko. Saya tidak meletakkan wang di dalam akaun Swiss saya kerana cerita Malaysia/PetroSaudi yang semakin panas. Malah, saya terus menutup akaun tersebut dan memindahkan wang yang ada ke Koh Samui untuk disimpan oleh isteri saya.
Tong kemudiannya menawarkan untuk membayar secara tunai jika saya ke Singapura, yang akan dilakukan beberapa kali. Saya menolak kerana mungkin akan terdedah kepada bahaya ditahan di lapangan terbang.
Tawaran terbaru adalah menggunakan Clare Brown untuk membayar saya. Kami semua bersetuju. Ia akan membabitkan Tong, yang akan membayar Clare USD 2 juta di UK dan Clare yang akan membayar saya secara bulanan yang akan disebut sebagai bayaran rundingan melalui Sarawak Report. Beliau mencadangkan yang saya membuka cawangan untuk Asia Tenggara 2 di mana beliau akan membayar saya bayaran permulaan USD350,000 diikuti dengan USD 1,250,000 kemudian.
Beliau memberitahu beliau telah memintan peguamnya di UK untuk menyediakan segala yang diperlukan dan saya ditahan ketika menunggu bayaran ini. Saya sedar dan mengetahui yang ini merupakan kesalahan penggubahan wang haram.
PEMBAYARAN TIDAK DIPEROLEHI
Bagaimanapun saya masih lagi tidak menerima wang hingga hari ini. Saya masih mempunyai salinan data PetroSaudi yang saya simpan di Koh Samui. Ia dinamakan Samui Storage dan saya telah membenarkan Polis Thai untuk mencari dan merampasnya. Juga disimpan adalah perbualan Whatsapp antara saya, Clare, Ho Kay Tat dan Tong dan ianya disimpan di dalam pemacu USB. Ia ada di dalam satu beg buatan Tumi dan berada di dalam peti keselamatan mereka.
SAYA MINTA MAAF KEPADA KERAJAAN DAN RAKYAT MALAYSIA
Saya menerima sikap tidak jujur dan tamak saya. Saya secara jujur dan ikhlas ingin memohon maaf kepada Tarek Obaid dan Patrick Mahony atas kerosakan yang disebabkan oleh saya kepada mereka. Saya ingin memohon maaf atas tindakan jenayah saya kepada Polis Thai, kepada Mahkamah Thai dan kepada rakyat Thailand.
Saya juga ingin memohon maaf kepada Kerajaan Malaysia dan rakyat Malaysia kerana kesusahan yang disebabkan oleh saya dengan mendedahkan data berkenaan hal yang tiada kena mengena dengan saya. Saya tidak menjangka kesannya akan sebegini besar. Saya sangat menyesal dan saya menerima sepenuhnya hukuman yang dijatuhkan ke atas saya oleh mahkamah Thailand dan saya akan mengaku bersalah di hadapan mereka.
Xavier Andre Justo.
Selain dari mereka segala macam konspirasi teori, Sarawak Report dan pembangkang sangat pandai memilih dokumen untuk dibocorkan tanpa memberitahu cerita sebenar. Memberitahu sebahagian cerita tanpa memberitahu keseluruhan cerita adalah sama seperti menipu dan mereka boleh mempengaruhi cerita seolah-olah mereka melaporkan yang benar.
Sarawak report berkata mereka mempunyai 3 juta emel dari PetroSaudi tetapi hanya menyiarkan sedozen lebih sedikit tetapi tidak mahu menyiarkan yang selebihnya.
Sama seperti apabila satu dunia diberitahu oleh pembangkang dan media yang unit di BSI dan Cayman adalah tidak bernilai, tetapi akhirnya Wall Street Journal mendedahkan unit itu dijamin sepenuhnya oleh Aabar, yang dimiliki oleh Kerajaan Abu Dhabi sejak tahun 2012 – yang bermakna 1MDB telah mencatatkan banyak keuntungan hasil usahasama dengan PetroSaudi, dan bukannya dicuri oleh Jho Low.
Jaminan inilah sebabnya IPIC membayar 1MDB USD 1 bilion pada Jun – yang bersamaan dengan baki unit yang dipegang oleh 1MDB di dalam BSI.
Semestinya, selepas pendedahan ini, Sarawak Report dan pembangkang tidak akan menerangkan fakta berkenaan unit ini dan hanya akan berdiam diri.
Lebih teruk, WSJ telah mendedahkan ahli PAC, termasuk Tony Pua telah diberitahu mengenai ini dan ditunjukkan bukti jaminan Aabar ini tetapi langsung tidak berkata apa-apa dan mengaku yang mereka telah tersilap.
Tun Mahathir Mohamad dan penyokongnya juga sangat senyap mengenai ini walaupun beliau kerap kali menuduh unit ini tidak bernilai.