KIT SIANG BERBOHONG DAKWA TIDAK PERNAH PIJAK GAMBAR PEMIMPIN POLITIK

KUALA LUMPUR: Penganalisa politik tempatan, Lim Sian See menyelar pemimpin DAP, Lim Kit Siang kerana lupa akan tindakan kepimpinan parti itu sendiri bagai memberi tunjuk ajar kepada masyarakat untuk bersikap kurang ajar dengan memijak gambar pemimpin negara.
Kit Siang melalui status Facebook miliknya hari ini mendakwa tidak pernah, sepanjang penglibatannya dalam arena politik selama 50 tahun, memijak foto mana-mana pemimpin politik.
Kit Siang turut mendakwa anaknya, Lim Guan Eng dan beliau pernah dituduh memijak foto wakil rakyat Pakatan Rakyat di Perak yang melompat ke pakatan Barisan Nasional di negeri itu dan mendakwa tiada bukti boleh dikemukakan terhadap tuduhan itu.
“Maka, adakah ia palsu? Jika ia palsu, mengapa wakil rakyat DAP, Ngeh Koo Ham membuat kenyataan pada 4 Disember 2009 bahawa DAP Perak akan bertanggungjawab terhadap tindakan beberapa pemimpin parti pembangkang itu yang bertindak memijak foto tiga pemimpin.
“Koo Ham turut membuat permohonan maaf kepada rakyat Malaysia terhadap tindakan memijak foto itu,” kata Sian See.
Sian See turut memuatnaik capaian bagi laporan berita Bernama yang memetik kenyataan Koo Ham itu.
Kit Siang membuat kenyataan itu kononnya tidak pernah bertindak memijak foto pemimpin politik lain berikutan tersebarnya video dan foto penyokong Bersih 4 melakukan tindakan kurang ajar dan kini diburu polis.
BACA: POLIS CARI INDIVIDU KURANG AJAR PIHAK GAMBAR PRESIDEN PAS DAN PERDANA MENTERI