TAK MENGAPA JIKA TAK PINTAR, TETAPI JANGAN BENGAP.

Tiga ketua pergerakan pemuda Umno malam tadi mengeluarkan satu kenyataan bersama. Sebelum itu, Ketua Pergerakan Pemuda Umno Johor, Hahasrin mengeluarkan kenyataan pertama.
Hasrin sentiasa impikan jawatan menteri. Itu kita cerita di lain lembaran.
Mereka dilantik, sama ada oleh Pengerusi Perhubungan Umno negeri atas saranan, atau bahasa kasarnya – atas kehendak Ketua Pergerakan Pemuda Umno Malaysia.
Mereka mahu Perdana Menteri memberi penjelasan. Perdana Menteri adalah Presiden Umno.
Selepas Presiden dipilih dan dilantik dengan perkenan Yang Di Pertuan Agong, beliau menjalankan tugas sebagai Perdana Menteri.
Kemudian, Perdana Menteri akan melantik menteri kabinet, bagi memikul tanggungjawab setiap portfolio mereka. Ini dinamakan pengurusan mikro. Dan tentulah menteri yang dipilih bukan calang-calang orang (kecuali Ahmad Maslan, Hasan Malek).
Jika berlaku krisis atau timbul sesuatu isu mengenai sukan badminton, adakah kita akan menyalahkan Perdana Menteri walhal sudah dilantik seorang menteri untuk memikul tanggungjawab itu?
Jika berlaku masalah di sektor pendidikan, adakah kita akan menuding jari kepada Perdana Menteri?
Menteri yang dilantik bagai anak anak yang dipertanggungjawabkan akan tugas masing-masing, memiliki kematangan dan kepimpinan sendiri.
Jika anak-anak itu sudah matang, apabila mereka tidak bertanggungjawab akan tugas yang diberikan, adakah kita menyalahkan bapa mereka? Jika anak-anak yang sudah matang, sudah tua bangka, sudah beranak pinak itu, melakukan sesuatu jenayah, bapa mereka dipersalahkan?
Tetapi adakalanya anak-anak menderhaka pada ibubapa. Mereka mahu berebut kuasa, mahu menjadi bapa. Tak mahu lagi jadi anak-anak. Tak mengapa, tetapi sebelum melangkah ke arah itu, sudahkah anak-anak melalui proses kematangan?
Contohnya, apabila Ketua Pergerakan Pemuda Umno Malaysia, Khairy Jamaluddin yang belum hilang lagi penat menjulang Presidennya, mengeluarkan kenyataan mempersoalkan pembelian hartanah terbaru Tabung Haji.
Adakah Khairy, yang belajar di Oxford selepas menjulang Perdana Menteri tempohari, terlupa untuk meminta nombor telefon Datuk Seri Najib?
Nanti dulu, bukankah Khairy juga menteri dalam barisan kabinet sejak 2013?
Tidakkah Khairy memiliki akses untuk mendapatkan maklumat seperti dikehendaki?
Khairy, sebagai bekas Perdana Menteri, maaf, sebagai menantu kepada bekas Perdana Menteri tentu tahu bagaimana agaknya menguruskan sebuah negara, pengurusan mikro yang diamanahkan kepada barisan kabinet.
Kenapa Khairy tidak keluarkan telefon bimbitnya, dail nombor pihak berkaitan dan bertanya sendiri? Sebagai sebahagian daripada menteri kabinet DAN ketua pergerakan pemuda umno, kenapa bersusah payah menaip panjang lebar kenyataan akhbar tetapi tidak boleh bertanya sendiri? Tidakkah itu menunjukkan sama ada kita bijak atau sebaliknya?
Apa drama yang sedang dilakonkan Khairy?
Suamiku Seorang Opportunis?