Sebaliknya, seperti disiarkan oleh Utusan Malaysia hari ini (http://bit.ly/2eEEgIK), Nora meminta pengecualian diberikan kepada artis dalam bab berkaitan imej dan penampilan diri.

nora-danish2

“Bukan apa, dalam waktu sekarang, kami banyak mengeluarkan wang untuk penampilan diri. Jadi ini adalah sebahagian daripada kerja dan ia barangkali boleh dimasukkan sebagai kos kerja bagi kami.

“Kalau boleh, pihak Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) pertimbangkan hal-hal sebegitu, ia akan lebih baik buat kami para artis dan selebriti lain yang amat bergantung kepada penampilan dan personaliti diri apabila muncul berhadapan khalayak,” katanya seperti ditulis oleh wartawan Utusan Malaysia.

Ternyata permintaan Nora bukannya penghapusan secara terus bayaran cukai sebaliknya sedikit pelepasan atas faktor kerjaya artis yang sentiasa perlu dilihat menarik dalam berpenampilan.