Beliau berkata, beliau hanya mahu menjawab tuduhan yang dikemukakan oleh Abdul Rahman mengenai isu pembelian tanah itu.

“Saya tidak mahu buang masa dengan orang itulah (Naib Pengerusi Parti Cinta Malaysia (PCM), Datuk Huan Cheng Guan). Saya tidak mahu buang masa de­ngan penulis blog. Ini buang masa. Saya nak tangani perkara ini di peringkat menteri. Saya tidak mahu buang masa.

“Hormatlah saya sebagai Ke­tua Menteri. Saya nak jawapan daripada pihak menteri bukan daripada pihak bukan-bukan,” katanya.

Semalam, Cheng Guan dalam blognya membongkar status me­ragukan tiga syarikat yang turut membida pembelian tanah di Taman Manggis yang sebenarnya berstatus bubar, gulung tikar dan ditutup.

Cheng Guan berkata, kerajaan negeri mendakwa ketiga-tiga syarikat itu telah memenuhi syarat ketat, selain memiliki pengalaman luas dalam menguruskan pusat perubatan pakar yang mahu diba­ngunkan di situ.

Pendedahan terbaharu itu di­buat bersama dokumen lengkap SSM berhubung status ketiga-tiga syarikat terbabit iaitu United Overseas Empire Sdn. Bhd. (UOE), GM HealthCare Sdn. Bhd. (GMHC) dan Ranting Setia Sdn. Bhd. (Ranting Setia).