“Untuk jangka masa panjang, perjanjian yang dimuktamadkan sudah tentunya ada kos proses penstrukturan industri untuk memastikan perkhidmatan air yang berkualiti. Bagaimanapun kerajaan negeri tidak akan membebankan rakyat.

“Dalam usaha untuk mengurangkan kadar air tidak terhasil (NRW) yang ketika ini pada kadar 35 peratus, perkara itu memerlukan kos yang besar untuk memastikannya dapat ditangani,” katanya ketika menjawab pertanyaan Datin Seri Dr. Wan Azizah Wan Ismail (PKR-Kajang) mengenai industri perkhidmatan air di negeri ini.

Terdahulu, Mohamed Azmin menyatakan kerajaan negeri telah memuktamadkan perjanjian utama penstrukturan industri air dengan Kerajaan Pusat pada 10 Julai lalu dan mempunyai tempoh 60 hari untuk melaksanakan syarat-syarat dalam perjanjian utama itu termasuk menyelesaikan proses pengambilalihan syarikat-syarikat konsesi.

Bagaimanapun jelasnya, setakat ini hanya Syarikat Pengeluar Air Selangor Sdn. Bhd. (Splash) belum selesai proses pengambilalihan.

Pada masa sama, Mohamed Azmin turut mengakui Selangor berhadapan dengan masalah bekalan air bersih yang berpunca daripada kekurangan loji rawatan untuk menampung keperluan rakyat dan industri.

“Masalah kita di Selangor bukan kerana disebabkan bekalan air mentah.

“Sebaliknya disebabkan keku­rangan loji rawatan air dan keadaan itu menyebabkan pentingnya pembinaan Loji Rawatan Air Langat 2 disegerakan,” ujarnya.

 Tweet itu bagaimanapun disangkal Azmin pagi ini melalui satu status dimuatnaik di laman sosial Twitter.